Kristal Swarovski - Suatu Kelainan

Aksesori kristal menjadi pilihan wanita masa kini untuk tampil lebih menawan dan elegan. Hiasi diri anda ataupun orang yg anda sayangi (lelaki juga dialu-alukan untuk membeli aksesori kristal ini), tidak kira apa jua keadaannya sama ada di tempat kerja, majlis-majlis ataupun hari-hari biasa bersama keluarga dan teman-teman, pasti penampilan anda lebih terserlah dan menarik.

Terdapat pelbagai pilihan design dan warna untuk dipilih bersesuaian dengan citarasa anda. Harganya juga berpatutan untuk anda mangumpul koleksi gelang kristal ini mengikut pelbagai tema warna. Kristal yang digunakan adalah kristal Swarovski Austria yang ternyata mempunyai kualiti dan jaminan gred A.

Buat masa ini, koleksi kami lebih tertumpu kepada gelang kristal sahaja. Walaubagaimanapun, jika ada permintaaan untuk aksesori lain seperti cincin kristal, anting-anting kristal atau rantai kristal, maklumkan kepada kami dan kami akan membantu anda untuk memilikinya.

So, jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, ia diambil orang (macam lagu Sweet Charity lah pulak!). Let's see and grab it!

Kelebihan Gelang Kristal Swarovski

  1. Kristal Swarovski adalah kristal yang dihasilkan di Austria dan mempunyai kilauan yang lebih menyinar daripada kristal china, kristal jepun etc. Kandungan plumbum yang tinggi di dalam Kristal Swarovski membolehkannya mengekalkan kilauan tersebut untuk jangka masa yang lama.

  2. Harga Gelang Kristal Swarovski adalah lebih murah jika dibandingkan dengan harga Gelang Emas. Untuk nilai wang RM500, anda boleh memperolehi 4 hingga 5 utas Gelang Kristal Swarovski. Oleh itu, anda tidak akan jemu kerana hanya memakai satu design gelang sahaja. Pelbagai bentuk design yang ada membolehkan anda menyesuaikan Gelang Kristal tersebut dengan aktiviti yang ingin anda lakukan. Walaupun ia tidak mempunyai future value seperti emas tetapi anda memperolehi nilai semasa yang tinggi hasil daripada keunikan design Gelang Kristal tersebut.

  3. Anda boleh memilih pelbagai warna yang sedia anda untuk menentukan keuikan Gelang Kristal anda. Ia boleh dipakai sedondon dengan warna pakaian anda. Pasti ramai yang tertarik melihat gaya anda menyesuai padankan pakaian anda dengan Gelang Kristal yang pelbagai design dan warna itu.

  4. Kristal Swarovski mempunyai pelbagai bentuk seperti bicone, faceted round, heart, flower, butterfly, cube, donut, teardrop dan banyak lagi. Oleh itu, anda boleh memiliki Gelang Kristal yang diidamkan hasil daripada kreativiti anda sendiri. Selain menggunakan Kristal Swarovski, anda boleh menambah pelbagai aksesori tambahan seperti pearl, separator dan beadcap untuk mencantikkan lagi gelang tersebut.

  5. Bosan dengan design yang ada? Gelang Kristal tersebut boleh dianyam semula untuk membuat design baru dengan menggunakan kristal yang sedia ada.

  6. Gelang Kristal Swarovski hanya trend dan akan lupus suatu hari nanti. Saya tidak bersetuju dengan kenyataan ini kerana Swarovski merupakan satu company besar dan sentiasa berusaha mempelbagaikan produknya. Anda pasti teruja untuk melihat design baru dan warna baru yang dihasilkan.

Apa-apa pun, kaum hawa memang sukakan sesuatu yang cantik dan menarik. It’s not just about trend or value, it's your desire and passion.

Kali Pertama....

Kali pertama membeli gelang kristal yang dipromote oleh Kak T, gelang kristal ikat suasa dihiasi dengan juntai flower, warna pink semestinya my favaourite colour.

Kali pertama abang hadiahkan gelang kristal sempena my birthday, warna putih AB2X, dibeli daripada kedai Auntie di MJ. Sekali pandang macam gelang diamond, thanks abang. Love And Kisses

Kali pertama membeli gelang secara online daripada Kak J, gelang lipan pinkpurple, so nice and gebu, murah pulak tu. Dapat parcel kat ofis, bukak2 je terus melaram dengan gelang baru.

Kali pertama menjual gelang kristal di ofis, antara 1st batch customer : Aisyah, Dayang, Intan dan juga SIL yang selalu mengorder, Angah and Kak Sayang (siap jadik agent lagi).

Kali pertama buat gelang kristal sendiri, gelang baby donut untuk Adik Khayra, warna PASTI sama macam mama dia gak, warna pink panther.

Kali pertama buat blog gelang kristal, start pada bulan 12 '08, sampai pukul 3 pagi tak tido punya syok add gadget and background. Tapi sampai la ni tak siap2 jugak blog ni... tak tahu bila boleh launched?

Sampai bila-bila pun, pasti ada kali pertama yang dilalui... adakah ini kali pertama anda mengenali kristal swarovski ataupun blog Crystal Mania ataupun kali pertama anda rasa ingin memiliki aksesori kristal?....

Man Handmade

Jangan tak percaya, ramai lelaki yang menceburkan diri dalam dunia aksesori kristal sekarang ini. Bahkan promosi dan gahnya business mereka kadang-kadang melebihi kaum hawa. Antara nama-nama lelaki yang sering saya jumpa ketika melayari google ialah Megat Din dan Ustaz Mazuki.

Dan yang saya lihat sendiri dengan mata ialah XCrystal. Kedainya cukup cantik dengan display rack nya yang bercermin-cermin, makin mengerliplah gelang-gelang kristal kat situ. Design pun cukup banyak, berwarna-warni, ada yang besar, ada yang kecil, pilih je lah mana yang berkenan di hati. Kalau lalu di depan kedainya, memang suka cuci mata tapi belum pernah cuci poket lagi.

Ini ada satu kisah menarik. Al-kisahnya mengenai si isteri sedang teruja mencari info tentang gelang kristal.

Isteri : Bang, ramai jugak lelaki yang business kristal kat internet ni. Jom kita join sekali, nak tak?

Suami : Ishh, lelaki mana buat benda-benda macam ni. Abang dahlah macho, muka pun garang, takkan nak menganyam gelang kot…
Isteri : Tak pe lah kalau tak nak join. Crying 1

Suatu hari, si isteri terjumpa rahsia cara-cara membuat gelang kristal, siap dengan gambar- gambar yang cantik-cantik lagi.

Suami : Eh, eh… senang je nak buat gelang kristal ni. Meh abang explore. Abang pun boleh buat, esok kita pegi beli barang nak.

Isteri : Errrr………

Sekarang ni, si suami dah expert menganyam gelang kristal, lebih cepat dan tekun daripada isterinya.
Nanti kita buat design baru ya bang. Holding Hands
Pilih warna kesukaan anda berdasarkan carta di bawah:
Please click the picture to enlarge.

Swarovski Crystal Colour Chart


Combination Colour Chart


Swarovski Pearl Colour Chart

Gelang Kristal Orchid

Gelang ini mempunyai 5 kuntum bunga dan setiap kuntum mengandungi 4 kelopak heart. Sangat exclusive untuk digayakan di majlis-majlis glamour.

Kristal : Heart 10mm + Bicone 5mm
Kod : KS 01
Harga : RM120

(Antara yang pernah mengorder : Kak Sayang, Aisyah, Yan, Yan lagi dan lagi2 Yan.)

Gelang Kristal Caterpillar

Gelang ini menyerupai ulat bulu kerana batu kristalnya mengarah ke bawah, seakan-akan membentuk kaki yang banyak. Ditengah-tengah gelang dihiasi dengan diamond untuk menyerlahkan lagi ulat bulu ini.

Kristal : Bicone Pendant 8mm + Bicone 4mm
Kod : KS 02
Harga : RM105

(Antara yang pernah mengorder : Angah, Aisyah, Kak Sayang order 2 kali.)

Gelang Kristal Tulip

Gelang ini mempunyai beberapa gugusan kristal yang mana setiap gugusan tersebut membentuk seakan-akan sejambak bunga tulip.

Kristal : Bicone Pendant 6mm + UFO 6mm + Bicone 8mm
Kod : KS 03
Harga : RM120

Gelang Kristal 10 Bees

Gelang ini dihasilkan dengan menyusun pasangan heart sebanyak 10 barisan. Dihiasi dengan daisy spacer untuk mencantikkan lagi bentuknya.

Kristal : Heart 10mm + Bicone 6mm + Bicone 4mm + Daisy Spacer
Kod : KS 04
Harga : RM120

(Antara yang pernah mengorder : Siti.)

Gelang Kristal Lavender

Bicone digabungkan membentuk kuntuman-kuntuman kecil dan dilapisi dengan Japanese Beads di bahagian bawah.

Kristal : Bicone 4mm + Japanese Beads
Kod : KS 05
Harga : RM75

(Antara yang pernah mengorder : Aisyah, Aisyah lagi, Intan, Angah)

Gelang Kristal Snowhite

Gelang ni dibuat khas untuk MIL coz bila tunjuk gelang kat dia, mesti dia kata kalau warna putih mesti cantikkan. My MIL pun memang putih orangnya. Warna putih senang nak match dengan baju kaler apa pun. Gelang ni 6 layers, boleh jugak kalau nak order 3, 4 atau 5 layers. Design gelang ni juga pernah diorder oleh Kak Liza, my SIL, dia request tone kaler biru - Crystal Clear + Medium Sapphire + Metalic Blue.

Kristal : Bicone 4mm

Kod : KS 06 (6 layers)
Harga : RM135

Kod : KS 07 (3 layers)
Harga : RM75

Kod : KS 08 (4 layers)
Harga : RM95

Kod ; KS 09 (5 layers)
Harga : RM12o

Gelang Kristal Blossom

Kristal donut dan bicone di anyam membentuk jalinan kristal yang simple tetapi indah. Boleh juga dianyam menggunakan donut bersaiz kecil, khas untuk gegirl-gegirl yang comel.

Kristal : Donut 8mm + Bicone 4mm
Kod : KS 10
Harga : RM105

(Antara yang pernah mengorder : Siti.)

Untuk gegirl:

Kristal : Donut 6mm + Bicone 4mm
Kod : KS 10G
Harga : RM65

(Antara yang pernah mengorder : Cik Normah dan Cik Wati order 2.)

Gelang Kristal Aline

Gelang ini seakan-akan membentuk barisan huruf A. Sesuai untuk mereka yang sukakan sesuatu yang simple.

Kristal : Bicone Pendant 8mm + Crystal Roundelle 8mm
Kod : KS 11
Harga : RM105

(Antara yang pernah mengorder : Dayang.)

Gelang Kristal Glows

Yang paling menonjol pada gelang ini adalah separatornya yang besar. Kristal juga boleh digantikan dengan pearl. Walaupun gelang ini simple tetapi ia cukup elegan.

Kristal : Separator 15mm + Bicone 6mm
Kod : KS 12
Harga : RM75

(Antara yang pernah mengorder : Aisyah, Cik Normah, Cik Bai, Mak Itam, Aisyah lagi, Yan order 3 kali.)

Gelang Kristal Blackberry

Menggunakan separator bentuk lips yang sungguh menawan. Gabungan warna yang bersesuaian pasti menyerlahkan penampilan anda.

Kristal : Faceted Round 6mm + Bicone 5mm
Kod : KS 13
Harga : RM120

(Antara yang pernah mengorder : Yan dan Kak Sayang)

Gelang Kristal Waterlily

Sorry, picture will be updated later.
Gabungan bicone dan Japanese beads dan dihiasi diamond di tengah kuntuman bunga.

Kristal : Bicone 4mm + Japanese Beads
Kod : KS 14
Harga : RM75

(Antara yang pernah mengorder : Intan, Yan dan Aisyah)

Gelang Kristal Iris

Jalinan bicone dan bicone pendant membentuk hamparan kristal yang simple tetapi menarik.

Kristal : Bicone 4mm + Bicone Pendant 6mm
Kod : KS 15
Harga : RM95

(Antara yang pernah mengorder : Idham)

Gelang Kristal Dangle

Menggunakan kristal faceted round yang dikelilingi separuh bulatan oleh bicone.

Kristal : Faceted Round 10mm + Bicone 4mm
Kod : KS 16
Harga : RM95

Gelang Kristal Emerald

Gabungan heart dan faceted round. Amat menarik jika menggunakan paduan warna yang contras.

Kristal : Faceted Round 10mm + Heart 10mm
Kod : KS 17
Harga : RM95

Gelang Kristal Lipan

Gelang ini menggunakan kristal heart yang disusun berselang seli. Ianya simple tetapi exclusive.

Kristal : Heart 10mm
Kod : KS18
Harga : RM135

(Antara yang pernah mengorder : Angah, gift to mak & MIL.)

Gelang Pearl Tulip


Bentuknya sama seperti Gelang Kristal Tulip. Cuma di antara gugusan kristal di sambungkan dengan pearl.

Kristal : Bicone Pendant 6mm + UFO 6mm + Pearl 8mm
Kod : PS 01
Harga : RM120

(Antara yang pernah mengorder : Yan dan Mak Itam.)

Gelang Pearl Shine

Gelang ini menggabungkan Pearl Faux dengan separator bentuk kipas. Pearl Faux menyediakan pelbagai pilihan warna tetapi kualitinya kurang elok kerana warnanya boleh tertanggal.

Pearl : Pearl Faux 10mm
Kod : PF 01
Harga : RM65

Pearl Faux juga boleh digantikan dengan Pearl Swarovski untuk kualiti yang lebih baik, walaubagaimanapun warnanya terhad seperti di dalam color chart sahaja.

Pearl : Pearl Swarovski 10mm
Kod : PS02
Harga : RM95

Gelang Pearl Eyes

Gelang ini menggunakan separator berbentuk lips yang juga boleh direquest untuk kaler gold. Sangat exclusive untuk digayakan di majlis-majlis keramaian.

Pearl : Pearl Swarovski 6mm
Kod : PS03
Harga : RM95

(Antara yang pernah mengorder : Kak Sayang, Angah, Cik Ain)