Kelebihan Gelang Kristal Swarovski

  1. Kristal Swarovski adalah kristal yang dihasilkan di Austria dan mempunyai kilauan yang lebih menyinar daripada kristal china, kristal jepun etc. Kandungan plumbum yang tinggi di dalam Kristal Swarovski membolehkannya mengekalkan kilauan tersebut untuk jangka masa yang lama.

  2. Harga Gelang Kristal Swarovski adalah lebih murah jika dibandingkan dengan harga Gelang Emas. Untuk nilai wang RM500, anda boleh memperolehi 4 hingga 5 utas Gelang Kristal Swarovski. Oleh itu, anda tidak akan jemu kerana hanya memakai satu design gelang sahaja. Pelbagai bentuk design yang ada membolehkan anda menyesuaikan Gelang Kristal tersebut dengan aktiviti yang ingin anda lakukan. Walaupun ia tidak mempunyai future value seperti emas tetapi anda memperolehi nilai semasa yang tinggi hasil daripada keunikan design Gelang Kristal tersebut.

  3. Anda boleh memilih pelbagai warna yang sedia anda untuk menentukan keuikan Gelang Kristal anda. Ia boleh dipakai sedondon dengan warna pakaian anda. Pasti ramai yang tertarik melihat gaya anda menyesuai padankan pakaian anda dengan Gelang Kristal yang pelbagai design dan warna itu.

  4. Kristal Swarovski mempunyai pelbagai bentuk seperti bicone, faceted round, heart, flower, butterfly, cube, donut, teardrop dan banyak lagi. Oleh itu, anda boleh memiliki Gelang Kristal yang diidamkan hasil daripada kreativiti anda sendiri. Selain menggunakan Kristal Swarovski, anda boleh menambah pelbagai aksesori tambahan seperti pearl, separator dan beadcap untuk mencantikkan lagi gelang tersebut.

  5. Bosan dengan design yang ada? Gelang Kristal tersebut boleh dianyam semula untuk membuat design baru dengan menggunakan kristal yang sedia ada.

  6. Gelang Kristal Swarovski hanya trend dan akan lupus suatu hari nanti. Saya tidak bersetuju dengan kenyataan ini kerana Swarovski merupakan satu company besar dan sentiasa berusaha mempelbagaikan produknya. Anda pasti teruja untuk melihat design baru dan warna baru yang dihasilkan.

Apa-apa pun, kaum hawa memang sukakan sesuatu yang cantik dan menarik. It’s not just about trend or value, it's your desire and passion.

No comments:

Post a Comment